Agri Bazaar 2.0 portal untuk para usahawan

Salam ukhwah.

SFR ingin berkongsi 1 portal yang sangat bagus untuk usahawan yang baru atau sudah lama dalam bidang perniagaan bagi mempromosikan produk mereka di laman ini. Anda boleh membuat kedai di alam maya ( internet) untuk meluaskan pasaran produk anda. Pergi ke http://agribazaar.moa.gov.my untuk mendaftar dan seterusnya membina kedai anda sendiri. Caranya sungguh mudah anda hanya perlu daftar, dan ikut arahan yang diberikan. Agri bazaar masih belum dikenali sepenuhnya, tetapi ini adalah inisiatif jabatan pertanian kepada kita usahawan meluaskan sayap dalam bidang perniagaan. Selepas selesai mendaftar anda boleh memuat naik apa saja produk untuk dipromosikan, dijual atau dibeli oleh pelanggan yang "berkunjung". Semoga dengan sedikit perkongsia ini dapat memberi anda info dan sekaligus meluaskan berita berkaitan Agri Bazaar ini. SFR sendiri telah mengikuti kursus Agri Bazaar di RTC Gadek Alor Gajah Melaka. Banyak info yang dapat kami pelajari, dan ini adalah salah satu yang dapat dikongsi bersama. Kepada semua usahawan mulalah mendaftar di Agri Bazaar dan selamat berniaga!.



View hadapan Agri Bazaar 2.0


Produk yang dijual oleh usahawan.


Kedai Agri Bazaar.


Comments

Popular Posts