PROJEK PEMBINAAN KANDANG KAMBING 2013

Sekali lagi SFR mendapat kepercayaan untuk membina kandang kambing yang terletak di Bukit Hantu, Lendu, Alor Gajah Melaka.Projek ini bermula selepas 3 hari selesai pembinaan kandang kambing penerima bantuan kandang dari RISDA. Ini merupakan kandang ke-2 bagi tahun 2013. Pemilik ladang kambing itu ingin kami meroboh kandang lama dan membina kandang baru yang berkeluasan 36 x 56. Aktiviti ini bermula pada April 2013 dengan menggunakan 3 orang pekerja. Pembinaan sudah 95% siap dan dijangka siap sepenuhnya hari ini 20 May 2013 InsyaAllah. Plan kandang direka sendiri oleh pemilik SFR, Mohd Zafril dan beliau sendiri bersama 2 orang lagi pekerja membina kandang ini. 


Aktiviti membersihkan tapak kandang kambing yang telah di robohkan.


Mengankat kayu - kayu terpakai untuk dialihkan


Tapak kandang yang sudah siap dibersihkan. 


Pembinaan bermula. Menggunakan 24 tiang batu. 


Lantai kandang sudah siap.


Kandang 60 % siap.


Kandang 70 % siap.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar, InsyaAllah kami akan meneruskan projek kandang kambing yang seterusnya selepas pembinaan disini selesai sepenuhnya. 

Comments

  1. salam...saya nak tahu macam mana nak dptkan bantuan untuk pembinaan kandang kambing...saya telah dpt bantuan tetapi harus menunjukkan kertas kerja dahulu....boleh beri contoh cara membuat kertas kerja kandang kambing...

    ReplyDelete
  2. farham ashraf. sila hubungi kami di 0176380036
    kami juga supplier kambig. tqvm

    ReplyDelete
  3. Asaalam.. sya ad buat lawatan ternakan kambing kt kundasang sabah.. dan saya dapati hampir kesemua kambing member tu berhingus spt simptom radang paru paru. Ap yg saya ingin ketengahkan ialah dr segi pembuatan kandang. Mungkin masalah kambing berhingus ni ble dielakkan sekiranya kandang tertutup kerana kundasang sabah adalah tempat yg sejuk. Ble tak mta pendapat otai2 cmna design kandang di tempat yg sejuk tuk mgelakkan kambing member tu kesejukan..mohon bantuan senior2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.
      Betul pendapat encik tu. Keadaan bertutup boleh mengelakkn kesejukan tetapi rasenye boleh ditutup separuh kerana kambing perlukan unsur angin juga.
      Bagi keadaan kambing berhingus. Encil boleh sarankan kpd kawan utk membuat asap di bawah kandang kambing semasa senja untuk kbing lebih rasa panas bila tidur. Selalu asapkn di bwh kandang untuk memanaskn keadaan.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts