Projek buat kandang di Perak

Bismillahhirahmanirrohim
As salam semua.
Alhamdulillah yang teramat sangat. Syukaran Ya Allah. SFR sangat terharu kerana kali ini kami di beri kepercayaan berprojek di Perak pula. Sangat lah terkejut kerana ada juga pelanggan yang berkenan dengan hasil kerja kami. Jadi dengan senang hati kami akan berprojek di Perak.
Servis kami sama seperti di Melaka juga. Walau jauh kami tetap pergi kerana permintaan pelanggan.
Rezeki jangan ditolak.
Kami berharap pelanggan kami berpuas hati nanti.
Kami akan update entry ini lagi semasa di sana.
Minggu lepas kami turun Perak untuk melihat tapak projek. Jadi sekarang sedang sibuk siap kan peralatan. In shaa Allah Selasa 15/4/14 kami sampai untuk memulakan kerja.

-Alhamdulillah-

Comments

Popular Posts