Nak jadi penternak? Macam mana nak mula?

Anda minat dalam penternakan? Tapi taktau hujung pangkal?

Saya kongsi sikit permulaan yang mudah untuk anda:-

1) Jika anda punya tanah(tak kisah besar atau kecik) manfaatkan lah.. Jika tak anda boleh sewa sekeping tanah di kawasan anda

2) kira budget anda. Ya!! Budget amat penting untuk penternak baru mula. Berapa modal yang ada dan sanggup dilabur? Jika boleh guna modal sendiri.
Contoh:
Modal anda RM10,000
jangan terus nak buat kandang yang besar. Mula dari kecil dlu. Dalam size 10x10 pon sudah cukup(nanti masa akan datang ada modal lagi, boleh tambah dan besarkan kandang)
Selepas tu boleh mula cari kambing, penting!! Kambing bapak seekor,  kambing betina lebih (3-5ekor) untuk permulaan.

3) Bila kandang dah siap, kambing pon dah masuk. Mulakan aktiviti anda berjadual. Biar sistematik. Apa perlu buat? Makan minum kambing? Ubat ubatan? Makanan tambahan?

4) Paling penting! Target market. Siapa target anda? Dimana?
Kambing anda nanti nak dijual pada golongan apa? Akikah ke? Daging frozen ke? Rangka dan rancang keperluan.

5) Abaikan pesaing, tingkatkan kelebihan bisnes anda. Apa yang anda tawarkan pada bakal pelanggan anda? Pesaing perlu untuk anda lebih motivasi dan bersaing secara sihat.

6) Jangan takut dengan risiko. Bisnes mana yang tak ada risiko? Jadi jangan mudah putus asa. Jatuh bangun perkara biasa. Sebaiknya anda perlu rancang dengan teliti. Ikut kelas/kursus ternakan, perniagaan, dan yang berkaitan untuk tambah ilmu.

7) Jaga dan bela la kambing anda dengan seeloknya, kerana itu juga amanah Allah pada anda..

8) Bila sudah stabil, anda boleh minta bantuan/peruntukan dana yang memang ada disediakan untuk penternak. Gunakan sebaiknya dan jangan salah guna. Ini kerana ramai penternak yang jauh tersasar dari niat asal(menternak) selepas dapat bantuan.

9) kembangkan bisnes anda. Bagaimana? Banyak cara, salah satu adalah anda boleh buat beberapa segment seperti, kambing susu, kambing frozen, kambing untuk akikah dan banyak lagi.

10) Jual nama anda. Anda perlukan marketing untuk orang lebih kenal anda.
Tak perlu iklan di Tv pon masih boleh jual nama. Contoh, mulut ke mulut. Ini dari pelanggan yang pernah berurusan dengan anda. Mereka puas hati. Mereka mesti recommend. Ada FB? Promote dalam wall anda. Ada blog? Promote dalam blog anda. Yang penting rajin dan Istiqomah.

~sharifah farm resources~

Comments

  1. Info sgt berguna nie..untuk para penternak baru nak mula..mcm saya juga.. saiz 10×10 tu bole muat berapa ekor kambing ye puan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10X10 dlm 20+- ekor sislieza. Mula kecik2 dulu tkpe. Ade modal lebih boleh tambah2.. lame2 besar la bisnes. In shaa Allah

      Delete
    2. Puan sharifah saya nak beli kambing buat akikah .boleh bgi no..

      Delete
    3. maaf puan, sy baru baca komen. Maaf banyak2

      Delete
  2. Replies
    1. in shaa Allah, bila free sy buat entry pasal lembu pula. Tq. maaf menunggu lama.

      Delete
  3. kalau lembu pula mcm mana? boleh kongsikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah sy buat entry pasal lembu bila free ya. Tq

      Delete
  4. Saya mencari panduan menternak itik untuk dieksport.

    ReplyDelete
    Replies
    1. encik boleh terus ke Pejabat Veterinar terdekat untuk lebih info pasal itik atau ayam. Mereka sediakan kursus yg sepatutnya. Tq

      Delete
  5. Replies
    1. Assalamualaikum maaf terlalu lama menunggu jawapan. Nanti sy free sy buat entry pasal lembu pulak ya. Tq

      Delete

Post a Comment

Popular Posts