2014 yang penuh cabaran Part 1

Menjadikan bidang ternakan sebagai satu perniagaan bukan lah perkara yang mudah. memerlukan komitmen dan kesabaran yang sangat tinggi. Kalau tak, boleh give up la..

2014 dah hampir ke penghujungnya, terlalu banyak dugaan dan cabaran yang kami hadapi. Turun naiknya bisnes, perkara lumrah dalam bidang ni. Tak semudah yang disangka, tak semudah yang dikata...

Pahit jerih kami hadapi juga walau rintangan mendatang, masa ini lah kami kena erti sabar yang tinggi, tinggi....... kenal siapa kawan dan lawan. Realitinya, dalam bisnes ini tak semua orang boleh dipercayai. Bukan semua yang bermulut manis tu baik rupanya.. Jadi kami lebih suka berhati-hati.

Menyiapkan sesuatu projek/kandang bukanlah perkara yang mudah, selagi belum siap selagi itu kami tak duduk diam. Kualiti dan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan kami. Bukan mudah untuk memuaskan hati pelanggan. Tetapi kami berusaha membuat yang terbaik.

Bersabar dengan payment yang lambat juga menjadi satu dugaan untuk kami, 2 tahun menunggu, mengharap dan bersabar. Doa tak putus-putus supaya payment dipercepatkan. Biasalah bila berurusan dengan kerajaan. Ini dugaan paling berat untuk 2013&2014...

Pengalaman menternak dari suami yang telah melintasi 10 tahun, membuatkan semangat itu terus ke hari ini dan selamanya demi masa depan anak-anak. Pengalaman itu juga dijadikan sandaran dalam SFR sekarang. Sesiapa saja yang baru berjinak dalam bisnes ini, kami bekalkan ilmu sedikit sebanyak. Kami gembira bila melihat ramai belia mula berbisnes.

Nantikan sambungan entri ini sehingga labuhnya tirai 2014 .......


Comments

Popular Posts