Kenali jenis Worktop didapur anda agar tidak keliru dan penjagaan worktop yang betul dan selamat.
Assalamualaikum semua,
Hari ini kami ingin kongikan kepada anda beberapa jenis worktop yang digunakan didapur. Di Malaysia ramai yang memilih worktop jenis tiles kerana kos yang lebih murah dan mampu milik, corak yang menarik, mudah dijaga dan kurang kos baiki. Berbanding dengan worktop jenis Marble, Granite, Wood yang lebih mahal, kos baiki yang tinggi dan mungkin jika rosak keseluruhan worktop perlu di tukar.
Granite worktop
Granite tahan panas, tak mudah calar dan bentuknya yang elegan membuatkan harganya juga lebih mahal. Jika anda mempunyai modal yang tinggi, Granite adalah pilihan yang baik kerana penjagaannya juga tidak seleceh tiles. Jika anda memasak didapur anda tidak perlu risau dengan haba panas yang direct ke Granite anda kerana sifatnya yang tahan panas. Granite juga tahan kepada geseran benda tajam seperti pisau.
Keburukannya pula adalah, jika granite tersebut retak dan pecah, anda perlu menukar keseluruhan granite kerana size yang dipasang mengikut size worktop.
Marble worktop
Seperti granite, marble juga tahan panas dan geseran benda tajam seperti pisau. Harga juga lebih kurang granite. Sangat sesuai jika anda suka meletakkan periuk dan kuali yang panas terus ke worktop anda.
Keburukan marble sama seperti granite, jika retak atau pecah perlu diganti keseluruhan worktop.
Wood worktop
worktop dari jenis kayu sememangnya cantik dan menarik untuk ruangan dapur. Jika anda merupakan peminat Scandinavian worktop wood adalah pilihan yang tepat. Harganya tidak terlalu murah kerana lebih mahal jenis kayu itu lebih mahal harganya. Jika dapat kayu jenis Merbau, lebih baik kerana kayu merbau akan jadi lebih keras jika terkena air.
Solusi terbaik adalah IKEA. Di sana anda boleh memilih dan membeli worktop jenis kayu ini tanpa memikirkan senarai kedai yang menjual kayu.
Keburukannya, anai-anai. Anda boleh survey jenis kayu yang tahan anai-anai dan penjagaan yang baik untuk worktop anda. Selain itu, kayu tidak tahan geseran benda tajam seperti pisau.
Tile worktop
Worktop jenis tile (untuk worktop,jenis porcelain) sangat digemari di Malaysia kerana harganya yang mampu milik dan banyak pilihan corak dan warna yang boleh dipilih. Ianya cantik dan menarik serta mudah dibersihkan.Tile juga mudah dipasang kerana sifatnya yang ringan dan didatangkan sekeping (2x2kaki) berbanding jenis marble, wood dan granite yang lebih berat dan datang dengan size besar mengikut size worktop.
Keburukannya, risk of crack (risiko retak). Keretakan boleh berlaku dengan cara periuk, kuali atau pinggan mangkuk yang terjatuh terus keatasnya. Tile juga tidak tahan dengan panas yang tinggi secara terus. Anda dinasihatkan untuk tidak meletakkan peralatan dapur yang panas terus keatas tile untuk mengelakkan kerosakan. Bagi orang Melayu, anda juga dinasihatkan untuk tidak menumbuk sambal belacan diatas worktop jenis tile ini kerana kesan dari hentakan yang kuat semasa menumbuk boleh mengakibatkan kerosakan tile.
Tetapi, jika tile retak atau pecah, anda hanya perlu menggantikan tile yang rosak itu sahaja tanpa mengganti keseluruhan worktop anda.
Jangan anda samakan tile rumah mak- mak kita yang sudah 20 ke 40 tahun tak pernah pecah,orang dulu -dulu rajin masak, tapi siang ikan, ayam, tumbuk sambal semua buat kat bawah.
Akhir kata, sayangilah worktop anda! Kerana duit yang keluar itu seperti air.
Comments
Post a Comment